Sultan Kelantan minta umat Islam elak sengketa berpanjangan

Artikel Sinar Harian: Tarikh 25 Disember 2012

SMV1Timbalan Yang di-Pertuan Agong : Sultan Kelantan
Sultan Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra

KOTA BHARU – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini bertitah meminta umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.

Baginda bertitah dalam menonjolkan kebaikan dan keindahan Islam, jangan sampai agama itu ditempelak dek perbuatan yang boleh memalukan dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.

Sultan Kelantan menarik perhatian umat Islam masih dibelenggu sengketa dan perbalahan yang seolah-olah tiada penghujungnya.

Beta berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan dan betapa kecewanya bila merasa tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa, peperangan sesama sendiri,” titah baginda pada Majlis Perasmian 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di sini hari ini.

Teks ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Sultan Kelantan bertitah walaupun baginda akur dengan kebebasan bertindak berdasarkan amalan demokrasi, namun masyarakat Islam dan bangsa Melayu perlu mempunyai dan menjaga disiplin, tata cara hidup, tata susila serta adat istiadat Melayu, terutama berkaitan kehidupan beragama.

Dengan disiplin dan tata cara hidup beragamalah pada suatu masa dahulu bangsa kita pernah menjadi bangsa besar di rantau ini dan agama Islam menjadi asas yang kukuh kepada pembinaan tamadunnya,” titah baginda.

Selain itu, baginda berjanji akan memberi perhatian sewajarnya kepada kemajuan dan perkembangan Maik sesuai dengan kedudukannya sebagai institusi yang memikul amanah menjaga kepentingan Islam dan adat istiadat Melayu di Kelantan.

Baginda turut memuji usaha yang dilakukan Maik dalam memartabatkan penggunaan tulisan jawi, sekali gus menyarankan supaya ia dapat dimartabat dan dikekalkan penggunaannya.

Pada majlis itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan melancarkan buku bertajuk ‘Puri Kencana’ yang menyingkap kecemerlangan satu abad Maik sebagai majlis agama Islam tertua di negara ini.

Selain itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut berkenan melancarkan gimik pelancaran kapsul masa Maik mengandungi sepucuk surat yang akan dibaca 100 tahun lagi. – Bernama

Sumber: Sultan Kelantan minta umat Islam elak sengketa berpanjangan
Pautan Berkaitan: Sultan Muhammad V sentiasa di hati rakyat

This entry was posted in Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s