JAWI

Klasika Media – Akademi Jawi Malaysia
(Berikut petikanTENTANG KAMI” mereka)

Klasika MediaKlasika Media telah mula bermu‘āmalat semenjak tahun 2011 Masīhī. Padanya, Akademi Jawi Malaysia tertubuh dengan tekad untuk menghidupkan sebuah kegiatan perniagaan yang berasaskan penyelidikan dan penerbitan khazanah warīthan khuṣuṣnya dalam bidang Jāwī.

Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia adalah sebuah badan perniagaan yang mahu meng‘amal-laksanakan falsafah Ekonomi Iḥsānī di dalam setiap mu‘āmalatnya.

Kami sedar-benar bahawa Islāmlah yang telah mengangkat pandangan ‘ālam ummatnya daripada cita jiwa taḥyul khayālī kepada renungan naẓar ‘aqalī dan ia terẓahir pada bahasa Melayu-Jāwī dan khazanahnya sedia tersimpan untuk diḥayātī.

Kami berpendirian bahawa perlunya ada usaha ‘ilmiyyah untuk menyediakan insān dalam memahami ma‘nā dirinya yang sebenar, di samping berikhtiyār untuk mengelakkannya daripada tersadung ke dalam lembah kekeliruan.

Atas rasa keberuntungan mempusakai ni‘mat ‘ilmu, kami bertekad untuk benar-benar memelihara, mengusahakan dan menghidupkan warīthan leluhur agung ini.

Shahadan, dari kecil telapak tangan, ingin kami kongsikan natijah usaha untuk manfa‘at besar sekalian insān.

Kami menyediakan khidmat berikut:

Imbasan dan Pendigitalan Bahan
(manuskrip, kitāb, majallah, buku dan lain-lain)

Transliterasi Jāwī-Rūmī dan Rūmī-Jāwī

Pengajian ‘Ilmiyyah dan Bengkel

Enjin Carian Bahan-bahan Jāwī (akademijawi.my)

Majalah Jāwi (majalah.akademijawi.my)

Lain-lain yang berkaitan

{}{}{}
Bidang Penyelidikan

Akademi Jawi Malaysia menumpukan bidang penyelidikan yang berikut:

1. Pandangan ‘Ālam Islām

  • Tinjauan ringkas pandangan ‘ālam Islām dan kajian ‘Ālam Melayu
  • Sejarah persuratan Jāwī dan bahasa Melayu Islām

2. Kemahiran dan Kefasihan Jāwī

  • Pengenalan sejarah dan perkembangan tulisan Jāwī.
  • Kefaṣiḥan membaca Jāwī dan transliterasi Jāwī-Rūmī

3. Pemahaman Karya-karya Jāwī

  • Pemahaman karya-karya Jāwī (kitab)
  • Kajian ‘ilmiyyah karya-karya Jāwī (kitab)

4. Khaṭ dan Kesenian Jāwī

  • Pengenalan jenis dan gaya khaṭ 

Laman web: [Klasika Media] – [Akademi Jawi Malaysia] Pautan Lain: [Majalah Jawi] Facebook: [Klasika Media – Akademi Jawi Malaysia] Twitter: [@klasikamedia]

This entry was posted in Bahasa, Islam, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s