Sains Biokesihatan

MATLAMAT PROGRAM

  • Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang-bidang Biologi untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sains Biokesihatan.
  • Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam teknik-teknik Biologi yang lazim digunakan dan yang boleh merekabentuk serta membangunkan penyelidikan dalam bidang Sains Biokesihatan atau bidang-bidang yang berkaitan contohnya Bioteknologi.
  • Menghasilkan graduan dalam bidang Sains Biokesihatan yang berkelayakan, memiliki pengetahuan serta kemahiran untuk menyertai industri farmaseutikal dan industri ubatan herba; graduan-graduan yang berkebolehan untuk membangun dan melaksana pelbagai projek yang melibatkan herba.
  • Menghasilkan graduan yang telah menguasai konsep asas dalam pembentukan serta perkembangan penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Ini untuk membolehkan graduan bekerjasama dengan pihak hospital serta pakar-pakar kesihatan dalam menjalankan penyelidikan tentang penyakit serta masalah-masalah kesihatan.
  • Menghasilkan graduan dalam bidang Sains Biokesihatan yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat:
  • Ijazah Tinggi dalam bidang Biologi yang berkaitan dengan Sains Kesihatan di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.
  • Bidang Perubatan di mana-mana kolej perubatan dalam dan luar negara.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

  • Menguasai ilmu pengetahuan menerusi kefahaman tentang konsep dan prinsip Biologi, terutamanya dalam bidang Sains Biokesihatan.
  • Mengaplikasi kemahiran teknikal atau praktikal untuk merekabentuk, membangun serta melaksana pelbagai projek dan perundingan secara sistematik dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kesihatan.
  • Menjalankan tanggungjawab secara telus untuk meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat tentang isu-isu berkaitan kesihatan serta mampu menghayati perhubungan antara sosial dan budaya.
  • Mengamalkan profesionalisme, sikap, akhlak murni serta tingkah laku beretika dalam menjalankan penyelidikan saintifik dan di tempat kerja.
  • Menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan secara lisan dan bertulis serta berupaya bekerja dalam pasukan dengan sikap bertanggungjawab dan toleransi.  Turut dipamerkan adalah ciri-ciri kepemimpinan dalam pelbagai aktiviti atau projek berkumpulan.
  • Mengguna, mengaplikasi dan menerapkan kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah dalam pekerjaan, sejajar dengan keperluan atau kehendak industri dan masyarakat.
  • Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat, aktif meningkatkan pengetahuan terkini di dalam bidang Sains Biokesihatan serta berupaya mengadaptasi untuk pembelajaran sepanjang hayat.
  • Merancang secara efektif dan melaksanakan projek dengan mempamerkan kemahiran pengurusan masa dan sumber serta keusahawanan yang cekap dan berkesan.

PELUANG KERJAYA

Graduan terlatih untuk mengisi bidang akademik, bidang penyelidikan serta pentadbiran awam (seperti di Kementerian Kesihatan) dan di industri atau swasta yang melibatkan kesihatan, nutraseutik dan ubatan herba serta juga insuran kesihatan melalui kursus-kursus yang menjurus kepada bidang Sains Kesihatan Bersekutu dan juga bidang Farmaseutik dan Nutraseutik.

This entry was posted in Memoir, Sains. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s