pintu yang kau pilih

mula.
bersih suci tiada noda
lalu dicorak ibu dan bapa
mula membesar meniti masa
remaja, dewasa tempuh segala.

akal.
baik dan buruk bisa disangkal
tahu dunia tiada kekal
juga sedar pentingnya bekal
maka perlu terusnya cekal.

hidup.
pilihan sentiasa berlegar bebas
putih hitam sedia terbentang
khilaf sendiri andai terbabas
masa lalu tiada diulang.

tamat.
sesal silap berkurang girang
tunduk terduduk diri merintih
mesti insaf mulai sekarang
fikirkan pintu yang (akan) kau pilih.

tergantung.

————-
tinta kecil

This entry was posted in Memoir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s