A. Samad Said

2780716725_d69b183cb4Pak Samad

A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.

Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

*Data Biografi Dari e-Sastera

Senarai Karya

 Novel

  1. Salina – 1961
  2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja (1966)
  3. Sungai Mengalir Lesu (1967)
  4. Keledang (1978)
  5. Adik Datang (1978)
  6. Di Hadapan Pulau (1978)
  7. Langit Petang (1980)
  8. Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri (1982)
  9. Daerah Zeni (1985)
  10. Hujan Pagi (1987)
  11. Cinta Fansuri (1994)

* Ada dua novel baru yang sedang diusahakan oleh Pak Samad

Puisi

  1. Benih Harapan (1973)
  2. Daun Semalu Pucuk Paku (1975)
  3. Balada Hilang Peta (1991)
  4. Al-Amin (1999)
  5. Suara Dari Dinding Dewan (2003)
  6. Dirgahayu Dr.Mahathir (2004)
  7. Rindu Ibu (2004)
  8. A. Samad Said (2005)
  9. Ramadhan (Belum Terbit)
  10. Pantun Endon (Belum Terbit)
  11. Rindu Ibu Ilustrasi (Belum Terbit)

Drama/Teater

  1. Di Mana Bulan Selalu Retak (1970)
  2. Wira Bukit (1986)
  3. Lazri Meon (1990)
  4. Lantai T. Pinkie (1992)
  5. Memori Di Hadapan Pulau (2003)
  6. Monolog Di Hadapan Pulau (2004)
  7. Salina (Belum Terbit)
  8. Rindu Ibu (Muzikal – Belum Terbit)

Puisi/Cerpen

  1. Liar Di Api (1960)
  2. Daun-daun Berguguran (1960)

Warkah/Kembara

  1. Warkah Kepada Salmi Manja (1965)
  2. Diari Kembara (1989)
  3. Warkah Eropah (1991)
  4. Kembara Bumi Kenyalang (1998)

Antologi Esei

  1. Tangan Yang Simpatik (1980)
  2. Dari Salina Ke Langit Petang (1987)
  3. Antara Bulan Dan Wira (1989)
  4. Ilham Di Tepi Tasik I (2006)
  5. Ilham Di Tepi Tasik II (Belum Terbit)

Antologi Cerpen

  1. Debar Pertama (1963)
  2. Daun-Daun Berguguran (1962)
  3. Hati Muda Bulan Muda

Novel Kanak-kanak

  1. Bendera Merah Di Atas Bukit (1968)
  2. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja (1968)
  3. Yang Berat Sama Dipikul (1968)
  4. Jangan Ikut Jalan Ini (1968)
  5. Rumah Rahsia (1968)
  6. Antara Kabus Ke Kabus (1980)
  7. Jalan Retak (1980)
  8. Di Simpang Jalan (1980)
  9. Salina – Edisi Remaja (Belum Terbit)

Karya Terjemahan

  1. Lazy River (1981)
  2. Morning Post (1989)
  3. Salina (1987)
  4. Ballad Of The Lost Map (1992)
  5. Between Art & Reality (1994)
  6. T. Pinkie’s Floor (2003)
  7. Fansuri’s Love
  8. Whispers Of Colours (2009)
  9. 68 Ginkgo Sonets (2010)

Karya Lakaran

  1. 68 Sonata Pohon Ginkgo (2009)
  2. Bisik Warna (2009)
  3. Kata Luhur (2010)

sumber asal> dari about blog Hujan Pagi: dari abjad direnda kata

Pak Samad juga punya blog wordpress seperti hamba.🙂

This entry was posted in Bahasa, Memoir, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s