tragedi “my-anomaly” : eksiden parah dalam sejarah

tanggal 5 Februari 2013 Selasa, jam lewat petang.

*gambar sekadar hiasan*courtesy of google image search results

*gambar sekadar hiasan*
courtesy of google image search results

pada waktu begini (sepanjang cuti ini) kebiasaannya terlelap di rumah. kedua-dua kereta tiada kerana keluarga bawa ke kerja. tiada bisa ke mana-mana. namun petang itu, kereta ada. keluar kerana perlu mengambil kakak lalu ke Melaka Sentral kerana dia ingin ke Kuala Lumpur urusan kerjaya. hujan memang renyai-renyai sehari dua ini. setelah turunkan kakak, berhenti sebentar di kedai buku di Mydin bersebelahan. setelah keluar simpang, memecut seperti biasa, ‘mendaki’ fligt-over. sejurus di ‘puncak’, kelihatan kereta banyak. beratur sehingga ke ‘kaki bukit’ (kalau boleh dikatakan). tak silap traffic light baru hijau. sudah mula menekan brek. tapi kereta masih meluncur laju. keadaan sudah semakin dekat dengan Wira Hitam hadapan. tekan brek dengan kuat, sehingga  bunyi begitu kuat kedengaran. kereta masih menggelongsor. sudah dapat mengagak. cuba mengelak ke kiri mahu menukar haluan. tapi tiada kesempatan. *BAM!* berlanggar jua. seperti yang sudah tersurat dalam takdir. terdiam. salah aku. bawa laju mungkin. keadaan jalan licin bukan alasan. gadis berbangsa Cina yang terlibat. mujur tiada kecederaan. kifarah dosa aku yang begitu banyak. namun kesian kepada ayah andai terpaksa keluar belanja besar. lesen masih ‘P’ luput Ogos nanti. entah apa nasib. tidak sangka terlibat juga aku akhirnya dengan kejadian anomaly jalan raya seperti ini. hari ini dalam sejarah. terdiam dan terus terdiam.

This entry was posted in Memoir, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s