Khushairi.

Alhamdulillah.
Bertemu lagi dengan tanggal 16 September kalendar Masehi.
Ulangtahun kelahiran ke-21 kali ini.

Idea untuk ‘post‘ ini sudah benar-benar lama disimpan. Kerangka sudah ada.
Cuma penulisan asyik bertangguh tidak bermula. InshaAllah kali ini cuba.

Ahmad Khushairi Ismail

Sejak kecil, apabila bertanyakan soalan kepada ayah dan ibu perihal nama, “Ibu, ayah apa maksud nama orang Ahmad Khushairi?” Ibu dan ayah selalu mejawab “Nama pahlawan Islam”. Ok, aku terima. Faham. Dan aku tahu Ahmad maksudnya Yang Terpuji. Tetapi, yang ‘part‘ Khushairi sentiasa dan sentiasa berlegar di fikiran. Perasaan ingin tahu tak pernah padam. Itu kisah dahulu kala yang agak lama bertahan. Ya, lama.

Kemudian, sampai satu perhentian dalam kehidupan aku. Aku berpeluang mempelajari Bahasa Arab dalam satu program persediaan kira-kira dua tahun lepas. Dengan salah seorang pengajar (Ustazah), aku memberanikan diri untuk bertanya. Beliau menjawab, “……………….. nanti Ustazah fikirkan”. Yang pernah dikongsi dalam pengajian, nama satu makanan di Mesir. Koshary bunyinya tak silap. (Ok ini tiada kaitan dengan cerita). Kemudian, masa berlalu tanpa sebarang jawapan. Hmm. Dijadikan cerita dapat berhubung dengan Ustazah di Facebook pula dalam beberapa ketika selepas itu. Lalu ditanyakan soalan yang sama. Namun, beliau juga masih tak dapat beri jawapan yang diharapkan. Tidak mengapa, cuma DOA dipohon.

Selang beberapa detik dan waktu, usaha diteruskan. Bertanyakan kepada orang, search di internet dan lain-lain ikhtiar lagi. Yang peliknya, di atas talian (online) pun masih tidak bertemu jawapan definite. Sehinggalah sampai satu masa. Bertemu juga jawapan akhirnya.

al-Risalah al-Qusyairiyah

Mutakhir ini, apabila terdedah dengan perspektif-konteks-konsep-prinsip-pendirian hidup yang baru, barulah diketahui bahawa nama Khushairi pernah wujud pada suatu masa yang dahulu namun ejaannya sedikit berbeza. Imam al-Qusyairi. (ejaan rumi sepertimana banyak ditemui dalam karya-karya ilmiah). Nah, jawapannya ia nama seorang tokoh! Allah……yang meruntun perasaan, beliau dikenang sebagai seorang tokoh Tasawwuf! Di saat aku masih bertatih dalam lautan ilmu itu. Rasa terharu pun ada. Seperti setiap perkara ada berkaitan. Allah. Antara kitab beliau yang terkenal ialah al-Risalah al-Qusyairiyah. Apabila dibaca secara ringkas kisah hidupnya, beliau seorang yang sangat ‘alim dan ‘arif dalam pelbagai bidang ilmu dan disegani masyarakat sekeliling. Kitab yang disebutkan di atas juga menjadi rujukan utama para ilmuwan generasi seterusnya terutamanya dalam mendalami dan memahami Sufi dan Tasawwuf. Allahuakbar.

Kiyai Ahmad Qusyairi

Apabila di-search di internet juga (untuk mencari maksud nama), secara tidak sengaja telah terjumpa dengan seorang lagi tokoh tetapi lebih dekat iaitu di Tanah Jawa, dikenali sebagai Kiyai Ahmad Qusyairi. Juga seorang ahli ilmu dan penerus sunnah Dakwah baginda Nabi. Allah. Terasa kerdil diri ini apabila ‘ter’jumpa khazanah insan seperti tokoh-tokoh yang disebutkan ini. Allahu Allah. Hendak mencapai taraf setara mereka tidaklah mungkin, cuma berHARAP dan ingin minta DOA pembaca-pembaca budiman sekalian supaya saya (aku) dapat menyelusuri, mencontohi dan mengikuti jejak langkah mereka ini.

Lalu, cuti yang lalu. Kisah yang sama dibuka lagi. Kali ini, ibu dan ayah bercerita lebih detail setelah gelanggang dibuka, seingat aku di dalam kereta. Ibu kata, “nama Khushairi itu ibu ada terbaca di mana-mana” dan tambah ibu lagi, setiap nama anak ibu akan tanyakan kepada Mufti Melaka (sebab pejabatnya dekat dengan ofis ayah tak silap), lalu andai baik maka nama itu direstui. Ayah pula menambah, “dahulu ayah pernah bekerja dibawah kendalian seorang pegawai PTG<Pejabat Tanah Galian rasanya>, yang namanya Khushairi (tidak pasti ejaannya kali ini). Dan ayah sangat senang dengan peribadi dan cara beliau mengetuai kerja”. Itulah juga antara faktor nama ini dipilih. Allah. Kini aku jelas.

Ya, segala persoalan selama ini telah terjawab. Syukur kepada Allah. Ianya satu perjalanan pencarian yang panjang. Penuh hikmah dan tauladan bagi diriku secara individu. Rancangan Allah bukan? Mungkin saat ini paling sesuai untuk aku kongsikan. Semasa detik masih enam belas sembilan🙂

* still under construction *

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
lets share some cute-loveable-quotes-messages from my beloved family that can make us smile-and-non-stop-flowering and at the same time touched inside in this very historic day :’)

Ibu
Selamat hari jadi yang ke 21. Terima Kasih untuk segala-gala yang telah dilakukan untuk kami semua. Muga dapat apa yang dihajati. InsyaAllah. Sama-sama kasih. Muga kasih ini diberkati.

Ayah
Salam. Kata Najib- ‘1 Malaysia, Rakyat Didahulukan’.
kata Ayah- ‘1 Keluarga, Pelajaran Diutamakan’. HAPPY BIRTHDAY -Selamat Maju Jaya-

my comment: (first time ayah mesej style macam ni) hehe😉

Kakak
Assalamualaikum brother! Sory la lambat sikit busy laa! Happy birthday! Semoga panjang umur murah rezeki ditetapkan iman dan berganda ilmu untuk dikongsi dengan yang lainnya🙂

Adik Danial
Assalamualaikum..selamat hari jadi ye bang..moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..doakan kejayaan kita sampai ke akhirat ye..

Adik Naliyah
Assalamualaikum abang. Selamat ulangtahun yang ke-dua-puluh-satu. Moga ceria ceria selalu dan doakan kejayaan adindamu ini. Hihi🙂


| amin for everything. these really made my day this time |

This entry was posted in Memoir, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s