Kebendaan : (setakat pengetahuan yang saya ada)

Alhamdulillah. Jari kembali berpencak di papan kekunci komputer riba walau mulut terkatup rapi. Itulah kebiasaan kita. Komunikasi cara arus perdana. Ilham berpusing ke sana dan ke mari berminggu-minggu menunggu untuk diterjemahkan. Perkara yang ingin dikongsikan sudah lama berada di dalam fikiran cuma masa menjadi kekangan. Ya kali ini. Impian-impian kebendaan saat cuti yang lalu kini sudah menjadi kenyataan.

Dinar Emas

Dinar Emas. Mula terdedah dengan perjuangan memartabatkan kembali Dinar Emas dan Dirham Perak kira-kira setahun yang lalu. Agak terkesan dengan hujah dan ‘basis’ yang dibawa. Setakat pengetahuan yang saya ada ketika ini, saya yakin. Perjuangan ini memang ada signifikan. Umat perlu kembali menilai daripada perspektif yang lebih besar. ‘Intrinsic value‘ dalam harta satunya. Berkemungkinan perkara ini lah antara yang menjadi penghalang doa-doa kita. Menjadi sebab Islam diinjak dan semakin merosot pencapaiannya. Kerana Nabi pernah berpesan. Fikirkan. Syukur juga sudah berjaya memiliki 1 Dinar baru ini. Sebelum ini sudah 10 Dirham. Katanya boleh digunakan untuk zakat, mas kahwin dan sebagainya. Perancangan masa hadapan. Mudah-mudahan. Selagi masih berkemampuan ini. Moga Allah berkati simpanan dan impian.

Jam Tawaf

Jam Tawaf. Sudah beberapa bulan meneliti. Dan merancang untuk memiliki. Memang pernah memiliki beberapa utas jam tangan sebelum ini. Biasanya harga cuma sederhana namun kemas. Tetapi kali ini cukup berbeza. Hujah nya juga menarik perhatian. Jarum berputar melawan arus.  Tawaf menjadi rujukan. Itulah ketetapan (Sunnatullah), yang sudah sekian kalinya dilupakan. Agak tinggi perbelanjaan kali ini. Besar juga dugaan  yang menimpa namun ter-realisasi jua akhirnya . Semoga Allah pun berkati  untuk yang ini.

Cincin

Cincin. Sudah sekian lama menyimpan hasrat ini. Memakai cincin. Pernah beberapa bulan lalu, namun hilang (misplace). Secara general-nya, saya tahu ia nya Sunnah Nabi. Namun, pada masa yang sama saya juga mencari dan bertanya asas perkara ini kepada orang yang arif. Alhamdulillah sudah jelas. Dan semakin yakin apabila melihat sendiri Tuan-Tuan Guru dan figur-figur dakwah Interaktif di Malaysia mengamalkannya. Sebagai contoh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Cuti kali ini (sudah berlalu), mencari dan mencari. Agak lama. Sudah di penghujung, baru ketemu di tempat yang tak disangka. Syukur. Pemakaian juga mungkin sebagai tanda bahawa diri sudah berpunya. Tanda cuba untuk setia. Mungkin. *perasan*

Ridda’

Ridda’. Kebiasaannya kain selempang atau selendang (tak tahu betul ke tak penggunaan perkataan ini) yang biasa diletakkan di atas bahu si pemakai. Perkara ini pun baru terdedah beberapa bulan yang lalu berkaitrapat dengan terdedahnya kepada ilmu, pengetahuan, pengalaman pengajian dan terma-terma seperti  Tauhid, Tasauf, Sufi, Qasidah dan banyak lagi di samping melihat kebanyakan pemakaiannya oleh Habib-Habib atau Ulama’-Ulama’ berketurunan Rasulullah dan orang-orang yang mengikuti mereka. Kebiasaannya mereka berpakaian putih dan kain ini diletakkan di bahu. Cukup indah mata memandang. Suci bersih setakat pengalaman pandangan yang pernah. Juga berusaha mencari asas dalam perkara ini. Agak jelas dan ada signifikan. Berpakaian kemas dan menyenangkan mata memandang juga Sunnah Nabi bukan? Begitulah agaknya pendirian saya. Alhamdulillah, belumlah saya dapat sebenar-benar Ridda’ tetapi dapatlah saya satu kain yang ringkas yang saya tertarik dengan corak dan warnanya yang sederhana. Moga Allah berkati jua.

()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()

Begitulah pengalaman impian-impian kebendaan yang sudah tercapai yang saya ingin kongsikan. Prinsip mudah yang saya cuba nak bawa, lihat dalam konteks @ perspektif lebih besar. Think posistive! Ikhlas, yakin dan berserah. Usaha > hasil.

Sesudah selesai menulis, saya sering risau susunan ayat tersasar daripada idea asal. Namun, redha. Itulah yang terbaik. Ada hikmahnya mungkin. Segalanya sudah diatur dan disusun rapi oleh Sang Penguasa Segala Sesuatu Yang Mengetahui Yang Nyata Mahupun Yang Tersembunyi.

This entry was posted in Memoir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s