The moment I treasure : ALLAH Maha Memahami

Pengalaman hari ini menyentak perasaanku. Terasa kerdil diri ini.
Tapi kali ini, bukan itu kisahnya. Buah fikiran sudah lahir beberapa hari lalu.
Maka diukir di sini buat tatapan sang pembaca yang budiman.
……………………………………………………………………………………………..
………………………………….

Terasa indah tatkala diizinkan sujud dan berdoa bersama-sama keluarga. Mahu menzahirkan rasa terima kasih, lalu Allah beri peluang mengucup tangan kedua mereka saban hari kali ini. Mahu berubah menjadi lebih baik, Allah bukakan pintu-pintu kebaikan ; dipertemukan pula dengan sahabat-sahabat yang baik-baik belaka. Mengimpikan mahu mendekatkan diri dengan Tuhan, Allah berikan peluang mengenali Tasawuf, bertemu dengan orang yang belajar dan yang beramal dengannya. Mengimpikan mahu mengaji di pondok, Allah izinkan kaki menjejak di Baitul Qurro’. Mengimpikan belajar dan khatam Al-Qur’an bersanad, Allah berikan ruang bertadarus langsung membetulkan tajwid bersama pakcik-pakcik yang begitu berhikmah dan sederhana peribadinya.
………………………………………………………………………………………………………………………………….

Berfikir dan berfikir lagi, timbul pula idea ini. Seandai aku di bidang doktor, pasti tewas aku nampaknya. Sedang di bidang ini kini, Asas Anatomi Manusia tidak mampu aku mengawalnya. Peluang ke luar negara ada sekali dua, Allah pilih untuk aku terus di Malaysia. Semua ada HIKMAHnya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
ada satu kata-kata,

dalam hidup Allah beri apa yang kita perlu, tidak selalu apa yang kita mahu“.


ALLAH MAHA MEMAHAMI
^^.

This entry was posted in Memoir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s