Alhamdulillah.

Kisah bermula kira-kira setahun yang lalu. Cuti yang lebih panjang daripada biasa memungkinkan perlbagai kemungkinan. Kali itu, terdedah dengan pelbagai perkara terutamanya dalam pembacaan. Perspektifku kali itu berubah lagi. Lebih besar. Sehinggakan menjelang sebelum Aidilfitri, telah aku tuliskan beberapa ‘point’ penting untuk aku sampaikan kepada keluarga. Namun, lidahku kelu pagi itu. Aku hampa. Kecewa.

kelu

Setahun sudah berlalu. Aku pulang lagi bercuti. Kali ini nekad, “balik ni mesti buat sesuatu yang berbeza”, kataku di dalam hati. Alhamdulillah, Allah bukakan banyak jalan. Berkemungkinan kemasukan dan pembelajaranku di Darussyifa’ banyak melembutkan hati Ibu dan Ayah. Ini telahanku. Andaian. Lalu satu ketika pulang dari kelas, aku membuka mulut, “lepas ni orang nak pergi sembahyang jemaah di masjidlah”. Keinginan ‘mahu-keluar-dari-kebiasaan’ terluah jua. Alhamdulillah selang beberapa hari dan minggu, sedang aku masih belum bermula Ayah sendiri yang bertanya “abang pergilah sembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid, kata nak bawak kereta”. Maluku seketika. Semangatku makin kuat. Menjelang Ramadhan impianku terlaksana. Alhamdulillah.

solat

Tiba Ramadhan lain pula kisahnya. Mula-mula aku sendiri risau. “Kalau Subuh, Zohor, Asar dan Isyak dapat, takut-takut disebabkan berbuka, Maghribku terlepas berjemaah”. gesa hatiku. Namun Alhamdulillah (terharu dan nak menangis pun ada), Ibu seperti macam tahu. Seusai berbuka hari pertama, ketika semua orang ada, ibu berkata, “…..baik pergi sembahyang jemaah (Maghrib), bentang sejadah depan TV tu”, lebih kurang begitulah kata Ibu. Seketika kemudian benar-benar Ayah keluar. Ibu juga. Dan semua. Allah… tidak terluah dengan kata-kata. Akhirnya dapat berjemaah dengan keluarga buat kali pertama! dan aku mengimaminya. Impianku terlaksana lagi ! Alhamdulillah. Sehingga cerita ini tertulis, perkara ini masih berterusan.

keluarga

Kisah tidak terhenti di situ. Tarawikh di Masjid Tambak Paya sepertimana biasa. Dipendekkan cerita, Ibu dah Ayah menggalakkan pula bertadarus di masjid selesai Tarawikh. Ayah sampai berkata “abang nak ‘join’ tadarus? Pergilah, dah habis ‘call’ nanti ayah ambil”. Sampai macam tu sekali Ayah. Hatiku tersentuh lagi. Alhamdulillah, juga berterusan sehingga kini.

Solat berjemaah telah aku lazimi untuk Subuh, Maghrib dan Isyak. Cuma Zohor dan Asar belum lagi. Aduh, aku akui memang banyak lagi kekurangan. Memang banyak. Dosa pun masih ada. Namun, kelainan kali ini sungguh sukar untuk aku lupakan begitu sahaja tanpa aku catatkan di mana-mana. Pengalaman ini juga memberikan pelbagai hikmah yang lain. Sebagai contoh, aku dapat membiasakan diri membawa kereta. Sekali lagi, impianku terlaksana. Dapat ke masjid, mengisi minyak malah membeli barang di kedai. Terasa kelakar pula ayat ini.🙂

motokar

Selain itu, perjalananku ke masjid saban hari juga banyak untuk diceritakan dan diambil pengajaran. Pagi-pagi Subuh, biasa melihat makcik-makcik yang sanggup berjalan kaki dari rumah untuk ke surau berhampiran. Di gelap Subuh. Tekadnya kuat. Di masjid pula, atuk yang sudah tua membongkok masih lagi bersemangat untuk bersama bertadarus. Pakcik-pakcik yang pelbagai karakter.  Tidak dilupakan juga, adik-adik kecil. Walaupun lincah dan nakal, mereka cukup berminat. Hatiku benar-benar tersentuh. Apalah nak dibandingkan dengan diriku ini. Apa lagi alasan yang mampu ku beri.

hikmah

Di hari Jumaat ini, aku bulatkan hati juga untuk menulis. Tidak boleh tidak. Walaupun mungkin, berubah dari idea yang asal. Biarlah. Walaupun tiada susunan ayat-ayat yang indah. Aku bersyukur. Sangat-sangat. Ya aku sendiri sedar. Perubahan untuk manusia itu tidak boleh drastik. Perlukan masa. Alhamdulillah untuk keluargaku. Orang di sekelilingku. Moga perubahan ini kekal dan lebih baik lagi. Segala puji hanya milikMu ya Allah. Alhamdulillah.

syukur

yang benar,
insan hina di bumi melata.
14 Ramadhan 1433 Hijrah

nota kaki ini ditulis pada Syawal. kisah di atas signifikan pada Ramadhan.
sekian.

This entry was posted in Bahasa, Islam, Memoir, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s