Aku Masih Melihat

Aku masih melihat
Mereka duduk menghilai tawa
Bersama mengharungi dunia penuh gembira
Meskipun urusan ummah belum selesai

Aku masih melihat
Mereka menikmati hidangan penuh lazat
Umpama tiada apa yang perlu dibimbang
Walaupun musuh islam terus meratah darah

Aku masih melihat
Kesibukan mereka untuk dunia
Umpama dunia itu segalanya
Hatta masih ada dunia selepas dunia

Aku masih melihat
Kekasih berpegangan tangan
Tiada segan, tiada silu
Hingga lupa Allah sentiasa memerhati

Aku masih melihat
Islam sudah hilang serinya
Islam diinjak penuh nista
Namun penganutnya terus alpa

Aku masih melihat
Sudah kurang insan ghuraba’
Umpama air kontang di musim kemarau
Maka siapa yang mahu menjadi penyelamat

Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Muhammad Asraf Bin Mohd Ghaus
Merupakan Graduan UMT yang kini bergiat menulis di kolum-kolum bebas.
Aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia. Beliau berkongsi karya di http://dimensimindamuda.blogspot.com/

Jum, 01 Jun 2012 09:50 | Muhammad Asraf Bin Mohd Ghaus | Khairunnisa Assila
dipetik dari laman web: http://www.iluvislam.com/index.php

This entry was posted in Bahasa, Islam, Memoir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s