Khazanah Bendahara Seri Maharaja

InshaAllah, berikut merupakan blog yang amat bermanfaat.
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wbkth

Natijah daripada pengalaman sebagai pengkaji dan penulis sejarah dan warisan yang bertemakan gagasan MELAYU ISLAM BERAJA, disulam rasa  cintakan bangsa dan agama, serta sayangkan institusi-institusi ulama dan umara tradisional iaitu INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU, kami merasa terpanggil untuk membuka  laman sesawang  bertajuk KHAZANAH BENDAHARA SERI MAHARAJA ini dengan matlamat berkongsi ilmu dan pengalaman selama menerokai  warisan leluhur yang masih meninggalkan jejak yang ampuh di bumi bertuah ini.

Semoga dengan terbukanya tirai utama, dan penyingkapan serta penelitian lembaran demi lembaran  daripada laman sesawang kami yang seadanya ini, para pembaca budiman akan sedikit sebanyak memperolehi khazanah ilmu daripada warisan leluhur kita yang cemerlang dan gemilang.

Siapa tahu, di situ juga mungkin tersirat rahsia kebangkitan umat Melayu …..

Salam Ukhuwah,
(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman
Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad

Biodata Penulis-Penulis

Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad dan (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman merupakan sepasang suami isteri dari latarbelakang akademik dan professional, telah berkecimpung dalam bidang penulisan serta pensejarahan bangsa Melayu semenjak tahun 1999 lagi. Mereka banyak membuat kajian mengenai salasilah Raja-Raja Melayu, khususnya yang mempunyai kaitan dengan zuriat Rasulullah SAW. Selain itu, mereka juga telah mengambil inisiatif sendiri untuk menggali semula sejarah sebenar bangsa Melayu dan institusi-institusi Melayu kerana kecewa dengan pensejarahan yang dibuat oleh golongan orientalis dan modenis yang sering bersikap berat sebelah dan prejudis dalam membuat penafsiran sejarah bangsa Melayu mengikut perspektif yang  amat menyeleweng.

Sepanjang penglibatan pasangan suami isteri ini dalam bidang penulisan dan pensejarahan bangsa Melayu, diantara mereka telah terhasil beberapa buah buku, monograf dan kertas kerja yang dibuat secara usahasama ataupun persendirian. Mereka juga pernah membentangkan kertas kerja dalam beberapa siri ceramah dan seminar sejarah yang diadakan di tanah air.

Salah sebuah buku karangan mereka, iaitu ‘Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu’ edisi pertama pernah dilancarkan dalam Majlis Amal Diraja Bersama Rakyat di Melaka pada tanggal 29hb Mei 2004. Majlis pelancaran disempurnakan oleh  YB Tan Sri Datuk Wira Hj Abdul Aziz bin Tapa yang mewakili TYT  Dipertua negeri Melaka.

Buku bertajuk ‘Mencari Sejarah Tun Mutahir Tun Ali, Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863M)’ pulapernah diseminarkan dalam  majlis ‘Seminar Sejarah Geneologi Malaysia’ di bawah tajaan Penjawim Malaysia. Seminar tersebut telah dilangsungkan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 30hb Januari 2003 dan mendapat liputan media Utusan Melayu Mingguan (25/04/2003).

Mereka juga pernah menjadi ahli panel jawatankuasa pengelola majlis ‘Seminar Tun Seri Lanang’  di bawah tajaan kerajaan negeri Pahang. Seminar tersebut telah diadakan di Kuantan, Pahang pada 17 Sept 2005 dan dirasmikan oleh Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, Menteri Besar Pahang.

Semenjak beberapa tahun lepas, mereka mula melibatkan diri dalam bidang Tariqah dan Tasawuff, khususnya Tariqat Ba Alawi, dan banyak mengikuti majlis-majlis serta program-program yang  berkaitan.

Pasangan suami isteri ini telah dikurniakan tujuh cahayamata, tiga menantu dan empat cucu. Buat masa ini Hj Muzaffar bekerja sebagai pegawai eksekutif  di salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia yang terkemuka. (Tun) Suzana serta beberapa orang anak menantunya pula menyewa kediaman di Tarim, Hadramawt, Yemen untuk mendalami ilmu-ilmu agama serta mengambil apa jua menafaat yang dapat diperolehi di bumi barakah tersebut.

dikutip terus dari blog : Khazanah Bendahara Seri Maharaja
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com

This entry was posted in Bahasa, Islam, Memoir, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s