102 – ADAKAH ILMU MENJAMIN DIRI MASUK SYURGA ALLAH

KELEBIHAN , FADHILAT MENUNTUT ILMU.

Firman Allah yang berbunyi , Taawuz, Basmalah : “Qul Hal Yastawil Laziina Ya’lamuuna Wallazziina Laa Ya’lamuuna Innamaa Yatazakkaru Ulul Albaab” Ertinya : Katakan olehmu wahai Muhammad adakah bersamaan mereka itu allaziina yang mempunyai ilmu dan mereka itu allaziina yang tiada mempunyai ilmu , hanya sanya  ingat akan Allah Taala itu orang yang mempunyai ulul albaab yakni aqal .

Telah berkata Saiyidina Abdullah Ibnu Abbas : Bermula darajat ulama itu atas darajat orang yang mukmin, tujuh ratus darjat. Bermula pada setiap satu darjat itu sekira kira perjalanan lima ratus tahun.

Setengah daripada sabda Nabi saw : Al Ulamaa’u Warathatul Anbiyaa’. Ertinya , Para Ulamak itu adalah mempusakai ia akan anbiya’. Telah maklum pada kita bahawa tiada martabat yang mulia itu melainkan martabat para anbiya’ alaihimus solaatu wassalaam. Ilmu apakah yng dibangsakan pusaka ilmu itu…Adakah ianya itu ilmu saka ? Atau ilmu sah batal haram itu jua qasadnya.

Lagi sabda nabi saw : ”Al A’alimu Amiinullahu Fil Ardhi” Artinya bermula orang yang alim itu dipercayai Allah taala di dalam bumi. Alim yang bagaimana sebenar murad yang dikehendakki itu , adakah alim ilmu nahu dan sorof itu jua? atau alim ahli tafsir dan muhadith itu kah muradnya. Fahamilah bahawa ada sesuatu yang terkhilaf dalam memahaminya selama ini. Adakah seorang alim yang berserban besar dan berjubah putih serta bermisai dan berjanggut itukah dia maksudnya.

ILMU APAKAH SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN.

Ilmu yang dimaksudkan itu bukanlah ilmu semata mata ilmu zahir ini sahaja. Bukan ilmu matematik, sains, ilmu halal haram, hukum hakam syari’e yang menempati jalan penyuluh hidup sementara manusia mempunyai aqal dan nyawa yang bertukar menjadi roh apabila mati itu nanti. Termasuklah ilmu nahu, saraf, mantq, bayan , mustolah hadis dan sebagainya. Ilmu sekalian itu hanyalah berguna sementara jasad ini masih bernyawa di alam dunia yang fana . Tidak akan sekali kali sekalian ilmu itu akan dapat memberi jaminan keselamatan di alam akhirat sana jua. Hanya semata mata ilmu mengenal Allah jua yang dimuradkannya dalam masa itu juga murid hendaklah belajar ilmu fardhu ain untuk mengetahui perkara halal haramnya sah batalnya jua mana yang sunat dan yang makruhnya. Begitu juga ilmu ilmu yang lain sementara bekal hidup di dunia.

Berapa ramai umat yahudi dan nasrani dan kaum orientalis yang menguasai ilmu ilmu zahir ini berdiri di dewan dewan kuliah memberikan pengajaran ilmu pengetahuan yang di ketahuinya. Juga termasuk beberapa orang alhafiz yang terdiri dari mereka ini yang mengajar di universiti di seluruh dunia. Lalu berapa ramai anak anak muridnya yang terdiri dari para muslimin dan muslimat yang mendengar penerangannya . Adakah pensyarah dan para majistret yang menguasai ilmu islam yang zahir itu mampu membeli syurga Allah. Apakah jawabnya..?

Adakah ilmu itu yang akan menjamin diri menjadi ahli syurga idaman hati selama hidup, bagi yang mengidam2kan syurga Allah. Bagi yang tidak maka carilah keredhaannya, jika mahu, jika tidak mahu juga maka carilah bumi dan langit yang bukan milik Allah lalu tinggallah kamu di dalamnya.

ILMU BANGSA ZAHIR.

Berkata setengah para a’rif billah : ” Iqlil min ilmiz zaahir, fainnahuu yuqshil qalb..” Kurangkan kebergantungan kamu pada menilik ilmu yang zahir, kerana bahawa sesungguhnya ia boleh mengeraskan hati kamu. Ini membawa maksud pengetahuan lahiriah berpandukan mata kasar dan hati kasar manusia tidak akan dapat memahami kerohanian dan alam ghaib semata mata kerana mata dan hati kasar ini tidak akan mampu memandang dan menjiwai peristiwa apa yang berlaku di sana melainkan dengan penerimaan hati yang benar benar percaya kepada perkara yang ghaib. Sebagai contohnya , bagaimana azab kubur itu berlaku dan di mana suara jeritan kesakitan azab kubur, walhal suara itu telah didengar oleh sekalian jenis haiwan dan binatang di muak bumi ini.. bukankah ianya tidak akan mampu dirakam oleh alat perakam radio biasa ini. Jadi jika bersandarkan kepada kekuasaan dan kekuatan mata dan pendengaran biasa ini , maka kita akan gagal mengesan kebenaran hadis dan firman tuhan. Jadi kurangkanlah kebergantungan kita kepada pengetahuan lahiriah yakni mata dan telinga lahir dengan ilmu zahir sebagai hujahnya  itu semata mata kerana ingin mencabar kata kata para alim ulama yang kasyaf mata hatinya…Lalu keraslah hatinya tidak mahu lembut menerima kebenaran yang tersembunyi di sebalik mata mata manusia itu.

Jadi , ilmu yang sebenar diperkatakan itu ialah ilmu fardhu ‘ain dan mengenal diri yakni ilmu ketuhanan azza wajalla. Kerana hanya dengan ilmu inilah yang akan membawa diri ke pintu taubat nasuha. Dan tidak akan kembali mengerjakan perkara perkara yang mengundang kemurkaan Allah semata mata. Bukanlah ini bererti kita tidak boleh menuntut ilmu yang lain, maksudnya jika kita sedang sibuk mempelajari tajwid contohnya, pelajarilah bagaimana mahu bertaubat yang sebenar. Jika sedang kita pelajari ilmu sains dan ilmu ilmu yang lainnya, hayatilah ilmu kerohanian yang akan mendekatkan diri kepada taqwa kepada tuhan. Jika kita sedang sibuk mempelajari mustolah hadis dan tafsir jalalain contohnya, amalkanlah taubat dan carilah ilmu pengubat jiwa dan perasaan itu..Barulah sempurna ilmu yang dikehendakki.

ILMU YANG DIKEHENDAKKI ALLAH IALAH :

Telah bersembah para sahabat nabi saw : ” Katanya ; Ya Rasuulallah , Apakah segala amal yang terlebih afdhal ? maka sabda Rasuulullah saw : iaitu mengenal Allah Azza Wajalla. Maka sembah sahabatnya : ” Apakah segala amal yang terlebih segala pahalanya itu ? maka sabdanya saw : “Yaitu mengenal Allah Swt ”. Maka sembah sahabat, ” Hamba bertanya daripada amalan dan telah engkau jawab dengan ilmu”. maka Jawab Baginda saw : ” Bahawa sedikit amal serta mengenal  ( ilmu ketuhanan)  Allah swt itu adalah yang terlebih manafaatnya, dan bahawa banyak amalannya serta jahil ( bodoh ) kepada Allah itu tiada ada ia memberi manfaatnya.

Akhirnya ilmu mengenal Allah akan membawa kepada kesejahteraan diri serta ahli keluarga sebagaimana firman Allah swt : ” Taawuz, basmalah., ” Quu Anfusakum Wa Ahliikum Naara..” Ertinya , Peliharalah atau Jagalah olehmu akan diri diri kamu sekalian wau atafnya dan kembali kepada anfusakum. Wa aHLIIKUM  dan ahli ahli kamu ( isteri dan anak dan mana mana yg berada di bawah tanggungan kita ) NAARA…dari api nuraka indonnya , neraka melayunya , naar arabnya. Jadi istilah NAARA itu jika ditasrifkan jadi apa ya…saya pun lupa tak berapa ingat. ( TASRIF dan TARKIB ) maf’ulun bih..? saya terlupa lah dah. Tolong lah ingatkan saya.

Telah berkata oleh Imam Al Ghazali di dalam kitab yang bernama JAWAHIRUL QURAAN : ” bahawasanya ilmu tarikat dan suluk yang juga dinamakan akan dia ilmu tasawuf itu adalah terlebih tinggi dan terlebih mulia daripada ilmu feqah dan ilmu kalamyaitu ilmu usuluddin . Adapun bermula yang terlebih tinggi dari itu adalah ilmu MAKRIFAT BILLAH yang dinamakan akan dia ILMU HAKIKAT . Ilmu tarikat dan suluk itu yaitu jalan  kepada  mengetahui ILMU HAKIKAT, itulah yang dinamakan ilmu annaafi; yakni ilmu yang memberi manfaat yang sangat besar di dalam negeri akhirat yang juga dinamakan akan dia dengan ILMU TASAWWUF. 

KATA KATA PENULIS : tapi hendaklah bertarikat dan bersuluk , bukan ilmu cakap cakap di bibir lisan sahaja kononya seseorang itu amat faham akan segala isinya melainkan sebenarnya hanya dusta nafsu diri semata mata.

ADAKAH ILMU DAN SEGALA KEPANDAIAN YANG DIMILIKKI ITU BOLEH MEWAJIBKAN DIRINYA MASUK KE DALAM SYURGA ALLAH..?

Maka sebenarnya diri kita telah tertipu dengan segala bisikan dan tipu daya dari syaitan yang menyelinap di dalam hati. Telah berkata almarhum guru ; ” Seorang yang berilmu tinggi petah berkata kata tetapi gelap mata hatinya melihat kebesaran dan fana padaNya itu adalah serugi rugi ulama’ dan lagi bahawa nafsunya 90 peratus menguasai diri tubuhnya manakala diri rohaniahnya hanya 10 peratus menguasai akalnya” , Maka beruntunglah seorang yang alim lagi menongkatkan lidahnya ke langit dan mematikan dirinya sebelum mati terkesan dari jalan riadhah zikir tarikat dan suluknya itu nanti ketika menghadap Allah Rabbul Alamiin. ” Rabbul Alamiin”. Bertuahlah seorang ulamak yang menjalani jalan tarikat ahli sufi berbanding dengan yang belum mengikutinya. Alangkah ruginya ulamak yang membenci tasawuf dan sekalian ilmu tarikat sufi dan jalan jalan suluknya. Wali’iazubillah.

ILMU AKAN MENGHILANG WAKTU SAKARATUL MAUT.

Bahawasanya ilmu yang dipelajari oleh hamba hambanya ini akan terlenyap hangus sebelum nyawanya terbang ke barzakh kembali ke rahmatullah alaih. Sewaktu nyawanya sampai di halqum, ghargharah’ ia bergetar di leher maka otak akal fikirannya akan jammed atau ‘stroke‘ tanpa dapat mengingat ilmu matematik misalnya – satu kali satu jawabnya berapa, orang makan nasi batal atau tidak puasanya, jika menafikan ma’ani apa hukumnya, jika menafikan ma’anawiah apa pula hukumnya. Tidak akan dapat dijawab oleh sang hamba yang sedang nazak melainkan lupa selupa lupanya. Oleh sebab itu nabi saw mengisyaratkan supaya dibacakan yasin dan talkin ” Lakkinuu Mautaakum ” talkinkan mayit kamu dengan kalimah syahadah. Supaya mudah mudahan ia akan ingat kembali kepada Allah swt tanpa perlu menjawab soalan yang disoalkan sewaktu nyawanya di ghargharah halqum. 

Lalu siapakah yang akan melihat dan menyaksikan dirinya ketika sakaratul maut itu. Tidak lain dan tidak bukan melainkan diri rohnya (AMALAN ) sewaktu hari terakhir keadaan dirinya ditamatkan riwayat hidupnya setelah ajalin musamma nya telah pun  sampai. Tiada siapa yang akan dapat membimbing dan menyelamatkan pandangan dirinya dari pujukan syaitan yang datang menipu dayanya sebagai ibu dan bapanya mengajak diri masuk ke dalam agama yahudi dan nasrani supaya dirinya mati dalam agama yang demikian itu, melainkan diri rohnya jua yang mendapat pimpinan guru mursyidnya yang akan menyelamatkan akidahnya jua pada waktu itu. Ayuhlah wahai para muslimin dan muslimat, kembalilah kepada jalan tuhanmu..Yaa aiyatuhan Nafsul Muthmainnah,  irji ii’ ilaa rabbiki raadhiatan mardhiyyah , fadkhulii fii ibaadii, wadkhulii jannati. Wahai diri nafsu yang tenang tetap, kembalilah kamu kepada tuhanmu, dengan keadaan suka reda dan diredhai tuhanmu, masuklah ke dalam golongan hamba2ku, dan masuklah ke dalam syurgaku.

Jika ditilik dari erti kata ayat firman Allah itu tadi , maka didapat kiranya kita fahami bahawa, diri yang dimaksudkan oleh Allah swt itu bukanlah semua manusia yang berilmu tetapi manusia yang telah berjaya memujuk nafsu dan membenamkan nafsunya ke dalam bumi sehingga diri rohnya membesar dan berpakaian yaitu yang disebut sebagai diri roh yang mendapat gelar diri roh mutmainnah. Bukan diri ammarah, bukan diri lawwamah, bukan pula diri mulhimmah. 

Maka dapatlah kita tahu bahawa diri manusia yang berkedudukan di martabat roh nafsu muthmainnah adalah yang disebut dan di pelawa kepada tuhannya sebagai ahli syurga seperti yasng pernah disebutkan oleh baginda rasulullah saw kepada sepuluh orang yang dijamin syurga ke atas mereka. Mengapa? Kerana mereka adalah salah seorang dari sekian ramai sahabat yang telah berjaya menundukkan nafsunya dengan bersungguh sungguh selama lama nya mereka itu bermujahadaah melawan hawa nafsu. Adakah sepuluh orang sahaja para sahabat yang masuk syurga?..Maka jawabnya tidak, sama sekali..itu adalah contoh kepada orang yang meniru amalan yang sepuluh orang itu, orang yang dijamin sebagai ahli syurga. 

Itulah bangsa nafsu manusia  yang akan mendengar seruan ketuhanan ini agar kembali kepangkuanNya dengan redha dan diredhai , tergolong dalam kalangan hamba hambaNya, menjadi ahli syurga syurganya yang indah , permai dan damai selama lamanya mendapat kenikmatan dan kelazatan yang tiada terperi dari tuhannya abadan amadaa…kekal di dalam nya selama lamanya…ya Allah ya tuhanku…ampunilah dosa dosaku dan jadikanlah diriku serta para mukmin sejati sebagai ahli hakmu dan tempatkanlah kami semua ini di dalam maghfirahMu.. Sekian.

Published by TuanKelarias
under
on Khamis, Julai 08, 2010
Author : TuanKelarias Al Fateh @ KUMPULAN JAWI AKHIR ZAMAN

This entry was posted in Memoir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s