.: Sejarah Yang Disenyapkan :.

Friday, October 21, 2011

Catatan Srikandi IX

Catatan Srikandi IX

“Follow your heart,Srikandi…”

Subuh tadi setelah selesai menyiapkan tugasan saya,tanpa saya sedari saya terlelap di depan komputer riba saya.Di luar hujan renyai-renyai.Dalam keadaan amat mengantuk itu saya tiba-tiba teringatkan satu peristiwa yang menyentuh hati saya ketika lawatan ke Thailand 2 tahun lepas.Suasana sejuk subuh itu mengingatkan apa yang saya rasai di sebuah tanah perkuburan di Thailand.

Dua tahun yang begitu memenatkan.Dua tahun setelah pengembaraan saya ke Eropah.Minat saya terhadap sejarah Melayu memungkinkan segala-galanya.Kehadiran saya dalam satu seminar sejarah di sebuah universiti luar negara menarik minat sekumpulan think tank negara yang bergerak secara persendirian.Ada sesuatu yang saya miliki yang membuatkan mereka mendekati saya.

Sejarah Malay city-states adalah penuh misteri.Dari negarakota-negarakota Melayu inilah munculnya 9 negeri-negeri Melayu di dalam Malaysia pada hari ini yang mempunyai raja masing-masing.Negarakota-negarakota Melayu inilah nenek moyang kepada semua negeri-negeri Melayu ini.Dalam catatan Khmer ia disebut sebagai ‘Malayang’ yang bermaksud ‘negeri Malayu’.Sehingga ada direkodkan bahawa raja Angkor pernah berurusan dengan seorang pemerintah Malayang di kawasan yang dikenalpasti oleh pengkaji Kemboja sebagai Battambang pada hari ini.Dari sekian banyak ‘Malayang’ ini yang bertaburan dari Singapura,semenanjung hingga ke Segenting Kra menembusi Thailand dan Kemboja pada hari ini,kini tinggal 9 negeri dan 1 negeri yang kini menjadi Negara Brunei Darussalam,mempunyai kedaulatannya sendiri.Saya belum menulis tentang negeri-negeri Melayu di Kepulauan Indonesia,terutamanya di Sumatera.Maka dari sekian banyak warisan Malay city-statesini,hanya 10 negeri yang benar-benar berkuasa mewarisi kedaulatan empayar dapunta dan maharaja sejak kira-kira 2000 tahun yang silam.

Sistem beraja Melayu adalah antara yang paling tua dengan Kesultanan Kedah antara kesultanan tertua di dunia.Kita di Malaysia mungkin tidak tahu menahu tentang adakah orang Melayu pernah menjalankan perdagangan maritim pada abad pertama Masehi,namun rekod tentang aktiviti kita pada masa lampau memang ‘meriah’ di luar negara.Terutamanya dalam rekod-rekod imperial China.Raja-raja Melayu purba bijak menghantar duta-duta ke negara China,dengan pengetahuan bahawa di istana China memang terdapat tukang tulis yang akan merekodkan aktiviti istana dan akan disambung walaupun berpindah dari dinasti ke dinasti.Jadi tindakan ini bukan sebagai tanda mereka lemah atau tanda sebuah penyerahan (submission) tetapi cara untuk merekodkan kewujudan mereka,kewujudan tamadun Melayu,kewujudan keturunan kita di masa lampau supaya generasi Melayu era nuklear dan teknologi maklumat pada hari ini tidak berasa rendah diri malah bersemangat untuk terus maju ke depan.

Siapa yang tahu tentang kesahihan kerajaan Langkasuka?Nama Langkasuka memang popular dalam kesusasteraan Melayu (Hikayat Merong Mahawangsa contohnya) dan Jawa (Kakawin Negarakertagama),namun orang yang dungu dan pesimis di kalangan kita menganggap Langkasuka adalah dongeng atau kerajaan khayalan.Namun apabila ditemui dalam rekod era Dinasti Liang (abad ke-6) Masehi yang mengatakan terdapat sebuah kerajaan bernama ‘Lang-ya-xiu’ terletak di semenanjung,maka nama Langkasuka tadi yang tercatat dalam hikayat-hikayat Melayu tiba-tiba menjadi sensasi dan trivia!

Malah dalam rekod Dinasti Liang tadi mengatakan bahawa kerajaan purba ini telah wujud sejak abad pertama Masehi lagi!

Bila ada anak-anak Melayu yang buta sejarah (saya lebih maksudkan mereka yang berpelajaran,ada yang menjadi pemimpin politik) mempertikaikan sejarah bangsa mereka sendiri,adakah mereka akan percaya apabila saya suakan hikayat-hikayat Melayu sebagai bukti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu silam?Sudah tentu tidak.Pendidikan luar negara mereka mengatakan bangsa mereka sebagai ‘barbarian’ dan ‘uncivilized’.Mereka pula mengatakan sejarah Melayu adalah mitos dan dongeng.Namun apabila saya ketuk kepala-kepala mereka dengan rekod-rekod imperial China ini seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui dan lagi dan lagi maka adakah mereka akan tersedar?Adakah mahu saya hentak kepala mereka dengan batu-batu bersurat atau prasasti itu?Mahukah saya rebus semua catatan-catatan pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua kemudian memaksa semua ‘cendekiawan-cendekiawan’ (atau cendawan) ini menelan air rebusan tadi panas-panas??

Kebodohan sesetengah dari kita adalah kerana terlalu selesa menjadi pekak,bodoh dan bisu di dalam tempurung yang dibuat khas ketika era kolonial untuk kita.Tak kiralah kita berpendidikan dalam atau luar negara,namun kalau sudah terjajah pemikiran,maka yang keluar dari mulut dan tangan yang menaip adalah ekspresi minda yang terjajah dan terkongkong dengan ‘inferiority complex’.

Salah satu ciri pemikiran terjajah ialah sibuk mengaitkan Hang Tuah dengan orang Cina,mengaitkan orang Melayu berasal dari India dan Yunnan di China dan mengatakan bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.

Bahasa Inggeris yang pekat dengan istilah Jerman Kuno dan mempunyai hubungan dengan Sanskrit tidak pula sibuk-sibuk dikatakan berasal dari Sanskrit.Pernah tak belajar lingustik tentang kelompok bahasa yang dinamakan Indo-European?Kalau anda belajar tentang kelompok bahasa ini anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa bahasa-bahasa Eropah mempunyai kaitan dengan bahasa Sanskrit.Rekod pertama tentang kaitan antara Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah ialah catatan Filippo Sassetti,seorang pedagang Itali yang mengatakan terdapat banyak perkataan Sanskrit yang punya perkaitan dengan bahasa Itali seperti deva/dio (God),sarpa/serpe (serpent), sapta/sette (seven).

Kita ambil contoh perkataan ibu dalam bahasa Inggeris ialah ‘mother’.Old English disebut ‘modor’.Dalam Sanskrit disebut sebagai ‘mater’,bahasa Iran disebut ‘matar’ manakala bahasa Celtic disebut ‘mathir’.What the hell of this?

Sebab itu bahasa Inggeris dikelompokkan dalam satu kategori linguistik yang sama dengan Sanskrit.Ini BARULAH BETUL dikatakan English berasal dari Sanskrit atau Sanskrit berasal dari English.TETAPI BAHASA MELAYU BERADA DALAM KELASNYA YANG TERSENDIRI.Bahasa Melayu berada dalam kelompok Malayo-Polynesia dan berada dalam kelompok besar Austronesia apabila ditemui bahasa pribumi Taiwan mirip bahasa-bahasa Nusantara.

Pengaruh Sanskrit dalam bahasa Melayu adalah kerana interaksi antarabangsa BUKAN kerana bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.Anda mungkin terkejut bukan sahaja terdapat pengaruh bahasa Sanskrit malah istilah Phoenicia,Ibrani (ancient Hebrew) dan Mesir Kuno (ancient Egypt) masih tertinggal dalam bahasa Melayu!

Ini bermaksud terdapat interaksi antarabangsa antara bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa purba di dunia.Di antara istilah-istilah pengaruh asing ini terdapat istilah-istilah yang bukan berasal dari mana-mana namun mempunyai keunikan dan keasliannya yang tersendiri.Dan ini meletakkan kelas bahasa Melayu dalam kelompoknya yang sendiri,dari Madagaskar hingga Polynesia.

“Siti,saya ingin nyatakan kepada kamu,apa yang kamu lihat nanti adalah rahsia negara saya.Kamu boleh tulis sedikit tentangnya,tetapi bukan semua,” Pong berkata saya ketika saya di depan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand 2 tahun yang lalu.

Saya mengangguk perlahan,sambil merenung ke arah Phaya Tani (Seri Patani),sebuah meriam besar peninggalan kerajaan Patani.Tanpa saya sedari saya melangkah meninggalkan Pong dan menuju ke arah meriam besar itu.Saya mengusap-ngusap meriam besar itu.Tiba-tiba saya merasakan seolah-olah saya sebagai seorang pemerintah sebuah kerajaan.Sebagai Yang Mulia Ratu Biru.Saya merasakan saya sedang memeriksa meriam besar itu yang dibuat atas arahan saya untuk menghadapi ancaman luar.Ah,ini pengaruh filem Queens of Langkasuka,detik hati kecil saya.Air mata saya menitis.

“Siti!Mari…kita masuk ke dalam…” Pong memanggil saya.

Di dalam bangunan Kementerian Pertahanan Thailand,saya ditanya beberapa soalan.Adakalanya saya di’backup’ oleh Pong yang akan menerangkan secara terperinci dalam bahasa Thai jika pegawai yang menemuduga saya tidak berpuashati.Kemudian saya dan Pong pun dijemput menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang bercermin gelap.Bayangkan adakah saya selesa sebagai seorang gadis Melayu bersama-sama lelaki-lelaki Thai yang sudah pasti tidak saya percayai (walaupun saya kenal Pong,namun dia itu pun ‘bermasalah’) di dalam kenderaan bercermin gelap?Akhirnya saya menaiki kenderaan itu bersama seorang pegawai wanita (setelah dimohon,dan di’backup’ oleh Pong).

Anda tahu ke mana saya akan dibawa?

Saya akan dibawa melawat satu tapak makam diraja berusia kira-kira 700 tahun.Makam diraja purba itu digazetkan sebagai pemakaman raja-raja kerabat Sukhotai dan Lavo,namun Pong berbisik kepada saya bahawa dia sangsi melihat beberapa batu nisan makan yang berbentuk teratai dan tulisan kuno yang menyatakan perkara sebaliknya.Saya berfikir,kenapa tiba-tiba keluar perkataan Sukhotai?Itu kerajaan di utara.Lavo?Itu kerajaan di tengah Thailand.Kalau disebut Ayutthaya saya boleh terima lagi.

Kenderaan pacuan 4roda itu merentas kawasan pedalaman di selatan Thai,tepatnya di Surat Thani Province.Bergegar-gegar kenderaan itu merempuh jalan yang berbukit-bukit.Namun saya tidak tahu berada di mana.Cermin gelap menghalang pemandangan,manakala saya diberikan tempat duduk di tepi pintu kereta dengan pegawai wanita di tengah dan Pong di hujung sebelah lagi.

Saya teringatkan kata-kata Pong,pemuda Thailand yang pernah menyimpan perasaan terhadap saya,”Siti,apa yang saya lihat di dalam arkib negara saya amat mengejutkan.Apabila saya membaca sebahagian manuskrip,saya asyik teringatkan wajah kamu.Tak tahu kenapa”.

“Saya telah dibawa melihat satu makam diraja yang amat cantik.Ia terletak sepi di dalam hutan rimba.Pada mulanya saya tidak perasan apa-apa yang luarbiasa,namun saya terjumpa satu batu nisan yang ditulis dalam tulisan Cham atau Mon Kuno yang membuat saya bertambah rindu kepada kamu”.

Saya bertanya,”Jadi makam siapakah itu?”

Pong tersenyum penuh muslihat,”Mari bersama saya,saya akan tunjukkan sesuatu…”

Saya menerima pelawaan Pong ketika program pertukaran pelajar sebuah universiti di Bangkok.Ketika itu Pong telah menjadi pegawai pelatih di salah sebuah arkib negaranya.Saya terus menghubunginya sebaik sahaja tiba di Bangkok.

Ketika di perjalanan,saya perasan suasana semakin gelap dan sejuk.Tiba-tiba saya berasa seram.Pong bertanya sesuatu kepada pegawai wanita.Kemudian Pong berkata perlahan,”cuaca mendung”.Saya merasa hairan.Bagaimana Pong boleh perasan apa yang saya rasa.Mungkin dia perasan saya semakin memeluk tubuh menahan sejuk.Ah,mata keranjang.Rupanya dia senyap-senyap memerhatikan saya.Kenapa dia tidak memerhatikan sahaja pegawai wanita disebelahnya.

Setelah perjalanan yang amat memenatkan dengan hanya berhenti rehat sebanyak 3 kali,akhirnya saya sampai di destinasi.Ketika pintu dibuka,saya melihat satu pintu gerbang yang amat tua;tiangnya sudah kehitam-hitaman diseputi lumut dan daki.Dekorasi pintu gerbang itu kelihatan campuran Thai dan Khmer;ya sudah pasti berasal dari gaya Melayu Segenting Kra (Isthmian Malay).

Pong berbisik,”mengikut sejarah tempatan,pintu gerbang ini dibina pada abad ke-16,oleh seorang Lorddi daerah ini atas arahan raja Ayutthaya…mari,kita masuk ke dalam..”

Saya dan Pong merentasi pintu gerbang dan berjalan melintasi pohon-pohon rimbun.Namun latarbelakangnya hutan rimba yang gelap menakutkan saya.Macam dalam filem-filem bergenre noir atau melancholic.Saya akhirnya melihat makam pertama dengan hiasan binaan di atas makam yang kaya dengan seni pertukangan ukiran batu yang halus.Saya meneliti makam aneh tersebut.Mungkin pemiliknya adalah raja atau bangsawan yang dihormati.Binaan itu dengan keadaan permukaannya dari batu granit gunung yang dipotong,diselamuti daki dan lumut yang berselupar di celah-celah ukiran menyebabkan seolah-olah ukiran gaya Gothic dan Elizabethan di Eropah yang penuh misteri.

“Selamat datang ke makam diraja Grahi!” Pong tiba-tiba berkata.Saya menoleh ke arah Pong.Apakah benar kata-katanya?

Saya memandang Pong,”Benarkah kata-katamu itu,Pong?Dari mana kamu tahu?”

Pong tersenyum melihat wajah ingin tahu saya.”Dari batu nisan merah di hujung sana…ada mencatatkan rahsia yang amat penting tentang tempat ini.Sebab itu tempat ini tidak ada dalam kalendar pelancongan negara saya.Sebab itu juga,kamu tidak dibenarkan untuk mengetahui jalan ke tempat ini”.

Saya berjalan di celah-celah kuburan sepi.Batu nisan semua kuburan ini begitu aneh,ada yang berbentuk stupa Buddha dan patung-patung.Ada yang berbentuk batu empat segi dengan tulisan Siam di atasnya.

“Kesemua pemilik batu-batu nisan di kawasan ini adalah penganut Buddha.Batu nisan paling awal dipercayai berusia abad ke 12 Masehi.Tetapi saya mengesan batu nisan bukan penganut Buddha di tempat lain,” Pong menjelaskan.

Saya memerhatikan nisan merah yang dikatakan menyimpan rahsia besar.Ukirannya sederhana,macam ukiran kelopak bunga yang terdapat di tembok pintu Bantey Srei di Kemboja.Ukiran bunga seroja yang tengah kembang.Suasana sekeliling semakin gelap,ditengah kesamaran cahaya mentari pagi.Kawasan lereng tanah tinggi itu diselimuti kedinginan dan kabus.

Saya mengusap tulisan pada batu nisan.Ini tulisan Kawi Kuno,detik hati saya.”Ada usaha penterjemahan?” saya bertanya.

Pong seperti biasa tersenyum penuh muslihat.

Saya memandang batu nisan merah itu kembali.Saya cuba menafsir apakah tulisan itu mahu memberitahu.

Di sini bersemadi
empat belas keluarga
yang mati dibunuh
oleh puak utara
pada 15 haribulan tahun Saka 1221

Saya menoleh ke arah Pong.Saya membaca lagi tulisan Kawi itu,sambil menunggu kalau-kalau Pong mahu menterjemahkan untuk saya.Tapi Pong mendiamkan diri sambil pura-pura memerhatikan ukiran pada sebuah pondok batu.

“Pong!…” saya menjerit perlahan,memaksa Pong bersuara.

Saya menunggu dengan sabar.Saya seolah-olah mendengar Pong ketawa di dalam hatinya.

Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala
Empunya hak pada Sri Dharmaraja

Tiba-tiba saya merasa seram sejuk.Itulah suasana dingin yang aneh yang begitu menyentap perasaan saya.Apa yang saya ketahui tentang Sri Dharmaraja tercantum di sini.Jelas bahawa kerajaan Grahi yang disebut dalam riwayat imperial China sebagai Kio-lo-hi adalah kerajaan berkerabat dengan Tambralinga atau Sri Dharmaraja.

Ada beberapa tulisan lagi di bawahnya.Nampaknya Pong mengatakan ‘makam diraja Grahi’ berdasarkan tulisan pada batu nisan merah ini.Saya menoleh ke arah Pong.Pong masih buat tidak faham.Dia lebih suka melihat wajah saya dalam keadaan ingin tahu dan tertekan.

“What?” Pong hampir mahu tergelak.

Saya masih merenung Pong dengan tajam.

“Ok..ok…yang seterusnya ialah rahsia sulit.Saya telah mengangkat sumpah di hadapan pegawai bahawa tidak mendedahkan beberapa perenggan.I’m sorry…”

Saya menjadi marah.”Apa yang kerajaan kamu mahu sembunyikan?Apa yang raja kamu takut?Saya benar-benar hairan dengan negara kamu…”

“Err..bukan begitu Siti…” Pong tersengih-sengih.

“…kalau tidak apa?!Beratus tahun kerajaan kamu memusnahkan bukti,menyembunyikan dan memutarbelit sejarah.Kamu boleh memupuskan orang Mon dari mukabumi dan memutarbelit sejarah Angkor dan Khmer tetapi bukan kami,faham!” saya separuh menjerit.

Pong memandang sekeliling dengan perasaan bimbang.”Jangan bising Cik Siti….nanti pegawai tentera akan menahan kita.Saya bertanggungjawab atas keselamatan kamu di sini sebab saya yang bawa kamu ke sini.Jangan susahkan saya,lebih-lebih lagi diri Siti sendiri…”

Mendung berarak lesu.Puncak gunung diselimuti kabus.Suasana semakin gelap.Nisan-nisan kaku dan patung-patung aneh nampak begitu gothic dan menyeramkan.

“Beritahu saya kubur-kubur orang Islam tu!” saya separuh mengugut.Saya terpaksa kerana serik dengan perangai Pong yang suka bermain-main.

“…Massaman graves?Mana ada?Ini semua perkuburan penganut Buddha..” Pong berdolak-dalik.

“Saya tahu…sebab kamu ada terlepas cakap,ada kubur bukan penganut Buddha di sini..”

“Oh ya…tapi tak semestinya Muslim kan?” Pong tersengih-sengih mengejek.

“Takkanlah orang Kristian!!” saya menjerit geram.

Saya sudah berasa bosan dengan Pong.Hujan mula rintik-rintik,menitis ke permukaan tiang tua yang berukiran aneh.Saya pun berlari menuju ke satu arah.Pong menjerit mahu menahan saya.Dia mengejar saya.Kemudian dia berhenti apabila melihat saya duduk bersimpuh di atas sebuah kawasan perkuburan yang terasing.Kesemuanya terdapat kira-kira 10 buah kubur dengan batu nisan berukiran sederhana.Terdapat beberapa kubur yang mempunyai rekabentuk batu nisan Aceh.Saya merenung batu nisan itu,yang masih bertulisan Kawi atau Cham.

“Ini yang kamu semua mahu sembunyikan….” saya mengeluh perlahan.

“Tempat ini dibina oleh Raja Siam dari abad ke 16 hingga ke 18.Dipercayai raja Siam yang memulakan tradisi ini mendapat galakan dari salah seorang gundiknya yang berasal dari selatan Thai.Itu yang saya tahu Siti…selebihnya….” Pong berhenti di situ.

“…siapa mereka di bawah ini…adakah mereka dibunuh?Kenapa mereka dibunuh?” saya mengomel sendirian sambil bersimpuh di atas tanah kubur tanpa memandang Pong yang berdiri menghadap saya.

“Mereka mungkin kerabat diraja Grahi yang memeluk Islam atau rakyat Patani…”

Saya menangis tersedu-sedu di depan batu nisan.

“Kita tidak boleh berbuat apa-apa…sejarah ditulis oleh mereka yang menang…”

Saya tiba-tiba berdiri dan menghadap Pong.Pong begitu terkejut dan panik dengan keadaan saya.Saya memandang wajah Pong dengan penuh dendam.Saya melangkah ke depan,dan Pong serta-merta bergerak ke belakang dengan riak muka ketakutan.

“Hei Siti,wajah awak macam Megan Fox dalam Jennifer’s Body…” Pong cuba untuk ketawa.

Malam itu kawasan pergunungan benar-benar sepi.Keadaan menjadi semakin dingin.Darah di bawah makam sudah lama kering beribu-ribu tahun dahulu.Tiada lagi kabus malam.Kegelapan adalah syaitan yang menghisap darah si pengecut.

Apabila saya merenung ke luar tingkap dalam subuh pagi yang dingin semalam,saya melihat rintik-rintik hujan;mengingatkan saya pada air yang membasahi ukiran pada dinding tiang.Ukiran itu penuh motif bunga-bungaan.Bunga Melur dan Bunga Kemboja.

Apabila saya membaca komen yang menghina dan memakihamun saya semata-mata saya berkeras mempertahankan sejarah,saya kembali berasa sedih.Walaupun di alam maya saya membalas komen dengan tegas dan agak kasar,namun sebagai wanita perasaan saya begitu halus.Air mata saya menitis.Bagaimana saya mahu menyelamatkan bangsa ini dari pupus dan hilang tanahair.Agama akan menyatukan mereka.Sejarah akan memotivasikan mereka.

* * * * * * * * *

Nama saya Srikandi.Bangsa saya ialah Melayu.Asal bangsa saya ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama saya ialah Islam.Rumah kaum kerabat saya ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.

~Srikandi

Alter Terahsia Bangsa Melayu
http://riwayatmelayu.blogspot.com/
Catatan Srikandi

….goodbye for a while I love u all…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Siapa Srikandi
Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Genealogy Studies.

Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles,sebuah medium internet yang diwujudkan oleh Mistis Organization.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.

Alter Terahsia Bangsa Melayu

 

On these ruins,I write my ancient chronicles…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

 

This entry was posted in Bahasa, Islam, Memoir, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s