(( TEROWONG GELAP YAKJUJ MAKJUJ ))

Sedarkah kita Yakjuj Makjuj telah lama bebas dari kurungan tembok Zulkarnain ?
Dan kita semua hari ini sedang dikurung pula oleh puak si pembuat fasad itu ?
Pernahkah kita rasa betapa ‘gelap’nya sistem dan cara hidup manusia hari ini ?

Apakah ‘kegelapan‘ yang kami maksudkan..?

GELAP sangat signifikan sebagai keadaan yang dapat mengganggu fungsi MATA manusia dari melihat sesuatu objek dengan jelas dan tepat. Dan jika tiada satu CAHAYA pun yang wujud, maka mata kita 100% TAK AKAN DAPAT MELIHAT.. Gelap, mata dan cahaya ini telah memberi inspirasi kepada kami (dengan izin ALLAH) untuk mengaitkannya dengan situasi fitnah akhir zaman ini..

Kegelapan yang dimaksudkan adalah sistem tatacara hidup manusia zaman kini yang diperkenalkan oleh Yakjuj Makjuj sebagai agenda fitnah kepada semua manusia dari menyedari hakikat TUJUAN SEBENAR kita dicipta dan dihidupkan di muka bumi ini.. Gelap juga sering dikiaskan sebagai kejahatan..

Contoh sistem ‘gelap/jahat’ Yakjuj Makjuj :
– Sistem ekonomi & matawang kertas (riba’)
– Sistem pendidikan sekular
– Sistem pekerjaan sekular moden

Kita semua sedia tahu ‘mata adalah buta tanpa kehadiran cahaya’ dan ‘hanya dengan adanya cahaya mata boleh berfungsi dengan baik untuk melihat’.. Maka Yakjuj Makjuj juga telah mencipta ‘cahaya songsang’ untuk membolehkan umat manusia melihat ‘sistem gelap’ mereka sebagai satu kemodenan, kecanggihan, kenikmatan dan 1001 kebaikan mempersona yang wajib dimiliki oleh manusia hari ini..

‘Cahaya songsang’ Yakjuj Makjuj yang dimaksudkan adalah ideologi & cara hidup sekular moden ciptaan mereka seperti budaya materialistik yang menjadikan wang kertas sebagai ukuran kekayaan dan pinjaman riba’ sebagai kemudahan utama untuk mengumpul aset dan harta. Mereka juga membasuh minda masyarakat supaya menganggap pendidikan agama sebagai ketinggalan dan tak menjamin masa depan yang baik supaya mahasiswa yang cenderung memilih aliran sekular. Untuk menjayakan sistem pekerjaan moden yang mengejar pangkat & gaji, mereka mencipta trend supaya pekerja bawahan paling teruk dikerah keringatnya tak setanding upah ‘ciput’ yang diterima.

Melalui ‘cahaya songsang’ ini, ‘mata’ manusia telah diprogram untuk melihat kesemua sistem moden Yakjuj Makjuj hari ini sebagai keperluan yang wajib dikejar untuk mencapai taraf hidup yang selesa dan bahagia. Dengan mencipta ‘cahaya songsang’ ini, mereka telah berjaya mengubah fitrah dan cara hidup semulajadi manusia. Akhirnya hari ini manusia telah ditransformasi dari berperanan sebagai Khalifah Allah kepada peranan sebagai hamba kepada sistem jahat Yakjuj Makjuj (atau sistem Dajjal kerana Dajjal lah dalang utama di sebalik semua ini).

Mari kita semua nilai semula sistem dan cara hidup kita pada saat ini, menggunakan mata zahir dan mata hati masing-masing.. Buka ‘mata’ luas-luas dan renung dengan ‘hati’ sedalam-dalamnya.. Jika kita hanya terpesona kepada indah & cantiknya dunia hari ini, bermakna kita telah tertipu dengan fitnah Al Masikhud Dajjal yang sedang dilaksanakan dengan jayanya oleh Yakju’ Makju’ selama ini.. 

Sedarlah saudara-saudaraku,
Sebenarnya kita sedang dikurung dalam sebuah terowong yang gelap gelita – kotor, busuk dan penuh kejahatan..! Kecantikan, kewangian dan kebaikan yang sedang kita rasai itu adalah kerana terowong gelap Yakjuj Makjuj ini sedang diterangi oleh ‘cahaya songsang’ ciptaan mereka..! Kita semua sedang dikurung dalam terowong fitnah Al Masikhud Dajjal Laknatullah Alaih..!

Saudara-saudaraku semua, adakah kalian masih tak percaya..?!
Kita semua harus sedar dan keluar dari Syurga Palsu ini.. Tapi bagaimana..?

Mari padamkan ‘cahaya songsang’ yang selama ini menyilau pandangan hati nurani kita.. Kita pusingkan 360 darjah sudut pandangan dari sumber ‘cahaya songsang’ itu – kita campak dan bakar semua ideologi, fahaman, cara hidup dan sistem songsang ciptaan Yakjuj Makjuj dari jasad dan rohani kita. 

Kita cari semula ‘cahaya hakiki’ yang selama ini kita terlepas pandang di hujung terowong yang menghala ke jalan Ilahi.. Itulah ‘Nur Ilahi’ – Hidayah ALLAH yang dapat menunjukkan jalan keluar dari ‘kegelapan’ hari ini menuju ke Neraka Palsu.. Berkat Nur dan Petunjuk Ilahi, kita semua akan keluar bebas dari terowong perhambaan Dajjal dan kembali sedar peranan kita sebagai Khalifah ALLAH yang sebenar..
InsyaALLAH, bi iznillah..

Pemanah Minda
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
24 Syawal 1432H
11:53 pagi
Selatan Tanah Melayu, Nusantara

JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman

This entry was posted in Islam, Memoir, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s