Pengajaran Pembukaan Minda: Bahagian 2 :)

Seterusnya, individu yang diamanahkan untuk menjadi pembentang kedua pada seminar tersebut ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ saifulislam.com.  Penulis berasa amat-amat bertuah kerana dapat menatap wajahnya buat kali pertama setelah hanya dapat membaca hasil tulisannya sahaja selama ini.  Penulis begitu teruja.  Penyampaiannya sangat memberansangkan.  Disusun atur begitu baik sekali.  Antara kandungan penyampaiannya adalah kita harus menjadi insan ulul-albab yang mendapat ‘isi’ atau ‘essence’ dari setiap perkara yang berlaku dalam lingkungan sejarah terdahulu, bukan hanya melihat dari aspek luarannya sahaja serta berjaya menghubungkaitkan dengan diri dan keadaan sekeliling.  Beliau juga berbicara mengenai Syariatullah (Hukum Allah) dan Sunnatullah (Law of Nature) yang sentiasa wujud dalam apa jua perkara.  Perlu seimbang antara keduanya.  Fizikal dan Akhlak.  Kompetensi dan Integriti. Akhirat dan Dunia.  Antara perkara yang menarik juga, dalam sesi soal jawab bersama beliau, beliau memilih untuk menumpukan kepada bidang pendidikan khususnya pendidikan rendah pada masa ini kerana ada sesuatu yang penting di situ.  Sama-sama kita fikirkan.  Sebelum mengakhiri, beliau berkongsi satu kata-kata dari seorang intelektual Turki, Al-Marhum Prof. Necmettin Erbakan ;

Manusia yang tidak menguasai SEJARAH, tiada tempat buatnya di masa depan”.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Seterusnya, penulis juga telah berkesempatan mendengar penyampaian daripada Prof. Dr.Redzuan Othman seorang Dekan dan pensyarah di Universiti Malaya.  Untuk pengetahuan, Prof. Redzuan sebenarnya yang dirancang oleh pihak penganjur untuk menjadi pembentang pertama tetapi atas sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak dapat melaksanakannya.  Dikhabarkan beliau baru sahaja tiba dari Kaherah, Mesir melakukan sedikit tinjauan dan analisa namun beliau tetap bersemangat dan terus sahaja hadir ke seminar ini.  Walaupun hanya diberikan ruang selama 30 minit, penulis dapat merasakan ianya cukup berharga.  Prof. Redzuan berpengalaman sendiri melakukan kajian ilmiah mengenai pemikiran strategik Sultan Muhammad Al-Fateh yang bertajuk “The Conquest of Constantinople 1453: The Visions and Strategies of Sultan Mehmed II” pada tahun 1997 lagi, pertama seumpamanya di Malaysia.  Kata beliau, atas semangat Abu Ayyub Al-Ansari salah seorang sahabat Nabi yang telah sanggup menyertai pasukan perang dalam salah satu percubaan membuka Konstantinopel walaupun ketika usia menjangkau 80 tahun, apalah sangat hendak dibandingkan dengan beliau.  Atas semangat inilah beliau sanggup juga menghadirkan diri.  Dalam perkongsian beliau, beliau menceritakan bagaimana pada tahun 1997 pihak pertama yang telah menjemput beliau untuk membentangkan perihal Sultan Muhammad Al-Fateh ini ialah MCA! Malaysian Chinese Association ketika mana ketika itu umat Islam khususnya di Malaysia masih lagi buntu mengenai tokoh ini.  Diceritakan juga pada tahun 1997, ketika beliau melawat negara Turki bagi melihat sendiri keadaan di sana beliau telah hadir untuk solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Ayyub, di mana jemaahnya ketika itu hanya 5 orang.  Imam, Bilal, beliau dan seorang rakan serta seorang rakyat Turki.  Walaubagaimanapun, ketika hadir untuk Solat Subuh berjemaah di masjid yang sama pada tahun lepas, 2010 beliau terpaksa meletakkan kereta sejauh 1 kilometer dari kawasan masjid.  Melihat bagaimana keadaan yang telah begitu banyak berubah di sana, beliau amat yakin sesuatu akan dan bakal berlaku kepada dunia dan umat Islam pada masa terdekat ini.  Sama-sama kita doakan. InsyaAllah.

Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman

  • Sengaja penulis ‘publish’kan bahagian 2 dahulu, supaya pembaca dapat membaca dengan teratur dari permulaan.
  • Tulisan di atas adalah tidak tetap dan boleh diubah pada bila-bila masa untuk penambahbaikan.
  • Nantikan bahagian seterusnya🙂
This entry was posted in Islam, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s