Pengajaran Pembukaan Minda: Bahagian 1 :)

Alhamdulillah.  Pada hari Sabtu, 28 Mei 2011 bersamaan 25 Jamadilakhir 1432 Hijrah yang lalu penulis telah berjaya menghadiri satu seminar yang dinamakan SEMINAR AL-FATEH: Ibrah Pembukaan Kota Konstantinopel 1453.  Secara jujurnya, telah lama penulis menangguhkan hasrat untuk menulis dan merekodkan perjalanan dan pengalaman penulis ini.  Penulis agak risau sekiranya apa yang dihasratkan untuk disampaikan dan dikongsikan tidak kesampaian.  Namun begitu, penulis perlu juga meneruskan hasrat ini berbekalkan kemampuan dan sedikit memori yang ada ini. InsyaAllah🙂

Pertama-tamanya penulis berasa amat bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah mengizinkan penulis untuk merealisasikan impian penulis ini.  Semoga apa yang diperoleh dapat dimanfaatkan di kemudian hari.  Niat di hati ingin berkongsi pengalaman dengan lebih panjang tetapi eloklah kiranya kita terus kepada isi kandungan dan pengajaran yang telah dapat diambil sepanjang berada dalam program yang cukup bermakna tersebut.  Penulis akan menulis mengikut individu yang menyampaikan pada seminar tersebut kerana setiap seorang daripada mereka dapat kita ambil pengajaran daripadanya.  Penulis berasa amat bertuah kerana pada kali ini, penulis telah dapat bertemu secara live dengan beberapa individu penting yang penulis telah lama idam-idamkan.🙂

Individu pertama yang dimaksudkan ialah Abdul Latip Talib @ Pak Latip, penulis novel sejarah no. 1 tanah air.  Alangkah bertuahnya penulis kerana dapat menatap sendiri wajah beliau.  Seperti kata salah seorang undangan pada seminar tersebut, Pak Latip telah memberikan dimensi baru kepada masyarakat negara untuk masa-masa kebelakangan ini kerana telah menimbulkan kepada mereka kesedaran dan kecintaan kepada sejarah kembali.  Pada hari tersebut, Pak Latip telah diberikan penghormatan untuk memberikan ucaptama dan merasmikan majlis.  Apa yang menariknya, perkara pertama yang dikongsikan dalam ucapan beliau ialah berkenaan Surah Al-Asr yang mana kita tahu antara kandungannya ialah manusia sentiasa berada dalam kerugian, kecuali yang beriman, beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.  Apabila dikaitkan dengan apa yang dikongsikan pengacara majlis berkenaan Pak Latip di mana beliau menghabiskan masa dari waktu sebelum Subuh sehingga tengahari dan disambung selepasnya hanya untuk menulis sahaja!  Dapat kita ambil pengajaran bahawa ayat inilah yang benar-benar menjadi pegangan kepada beliau.  Memanfaatkan sepenuh masa dan kebolehan yang telah dikurniakan Allah kepadanya dengan sepenuhnya.

 

Bersyukur dapat bergambar bersama Pak Latip🙂

Seterusnya indidvidu yang ingin dikongsikan ialah Ustaz Syaari Abdul Rahman.  Beliaulah yang menjadi peneraju utama terlaksananya seminar ini.  Beliau kini mengetuai Ibrah Paradigm Training & Consultancy.  Beliaulah antara individu yang berusaha keras dan bekerja gigih demi membawa legasi Al-Fateh ini ke hadapan khususnya ke dalam minda anak muda di Malaysia.  Pengalaman peribadi penulis dengan beliau adalah ketika mengendalikan program pada Ramadhan yang lepas.  Apakan daya hanya sempat berhubung melalui telefon tanpa bersua muka.  Namun, Alhamdulillah kami telah berjaya dipertemukan dalam satu majlis ilmu “Ibrah Kejatuhan Khalifah” di Surau Akademi Pengajian Islam, UM.  Segala yang dikongsikan sedikit sebanyak telah berjaya membuka mata penulis dalam melihat dunia ini.  Tahniah kepada beliau kerana salah satu perancangannya sekian lama telah berjaya dilaksana dan moga-moga beliau terus kuat dalam perjuangan ini.

Ustaz Syaari Abdul Rahman

Individu seterusnya ialah Dr. Eeman Muhammad ‘Abbas.  Beliau ialah pembentang kertas kerja pertama untuk seminar ini.  Apa yang menariknya beliau ialah seorang wanita! Seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM.  Beliau berasal dari Iraq. Dengan penampilan yang begitu tenang dan merendah diri, beliau telah menyampaikan pembentangan dalam Bahasa Arab walaupun beliau sebenarnya amat memahami dan boleh berbahasa Melayu dengan baik.  Salah satu perkara yang menakjubkan, beliau telah menulis perihal Sultan Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah setebal 1179 mukasurat untuk kajian thesis beliau dalam Bahasa Melayu! Nah, apa lagi alasan kita untuk tidak berjaya. Allahuakbar.

Dr. Eeman Muhammad 'Abbas

Setelah itu, penulis dan hadirin telah disajikan dengan beberapa montaj filem berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh dan yang paling menariknya penulis juga telah berpeluang menyaksikan satu persembahan istimewa daripada anak-anak kecil dari Khalifah Model School.  “Adakah engkau lupa, kita pernah berjaya.  Adakah engkau lupa, kita pernah berkuasa.”  Sungguh terharu dengan persembahan itu.  Alhamdulillah, penulis juga telah berkenalan dengan beberapa sahabat baru di seminar itu yang banyak membantu.  Sekembali dari rehat, solat dan makan saudara Mazni Irfan, salah seorang indidvidu telah diberikan peluang untuk mempromosikan usaha beliau dan syarikatnya dalam menerbitkan buku-buku juga perihal sejarah Islam yang diambil dari kajian-kajian ilmiah serata tanah air.  Antara kata beliau yang menarik, “membumikan” kerana bahasa buku begitu “langit”.  Sama-sama fikirkan🙂

Bakal-bakal Khalifah🙂

This entry was posted in Islam, Sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s