“Moga Terus Kuat Sehingga Ke Akhirnya”

Assalamualaikum.  Salam sejahtera kuucapkan kepada diri sendiri.  Semoga diberikan kekuatan yang sepenuhnya dalam  meneruskan niat yang telah lama kupendam ini.  Aku memang telah lama menyimpan hasrat untuk menulis.  Untuk menukilkan segala isi hati, ilmu, pengetahuan serta apa sahaja yang pernah ditimba sepanjang pengalaman bergelar hamba yang sangat naïf di bumi Allah ini.

Jauh di sudut hatiku, aku sedar telah begitu banyak kesilapan dan kekhilafan yang telah dan pernah aku lakukan dan aku ulangi selama ini.  Begitu banyak.  Sehingga tidak terhitung.  Hanya Allah dan aku yang tahu betapa hinanya diri ini.  Begitu pasti sehingga ada di antaranya yang benar-benar dijamin mengundang kemurkaan Allah.  Sehinggakan diulang-ulang tanpa rasa kesal dan silu.  Tidak dapat diungkapkan lagi dengan kata-kata.  Kuharapkan sedikit melalui penulisan ini dapat terus menyedarkan aku.  Agar tidak lagi hanyut di jalan kebinasaan yang sama.  Patut berubah!

Walau pernah beberapa kali aku tersedar, namun aku sentiasa tewas.  Tewas dengan pujukan hawa nafsu yang begitu membarah dalam diri.  Tewas dengan hasutan syaitan yang tidak henti-henti membisik.  Sampai suatu detik, begitu parah.  Namun, adakah dengan sebegitu mudah aku mengalah?  Adakah dengan sebegitu mudah aku terus lalai untuk berubah?

Tidak mungkin aku membiarkan.  Kerana telah seringkali dalam perjalanan hidup ini, aku diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri.  Dipertemukan dengan insan-insan dari latar belakang yang pelbagai.  Suatu masa, mengubah perspektif hidup keseluruhannya.  Terus diberikan petunjuk untuk memilih jalan yang baik.  Aku benar bersyukur.  Begitu banyak hikmah setakat ini yang aku peroleh.  Ku lihat mereka begitu istiqamah dalam perjuangan.  Ku lihat mereka begitu rendah hati mematuhi perintah Illahi.  Aku sentiasa mengharap untuk memiliki kekuatan itu.  Secara berterusan.  Aku sedar bahawa kadangkala aku rasa seperti tidak layak untuk meminta.  Atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan selama ini.  Aku terus mengharap moga pintu keampunan Allah masih tidak tertutup untukku. 

Aku tanamkan keyakinan bahawa Allah Maha Kuasa.  Allah Maha Pengampun.  Aku tidak seharusnya dan tidak sepatutnya berputus asa.  Rahmat Allah begitu luas.  Kasih sayang Allah tidak pernah padam.  Tidak pernah luntur.  Nikmat yang telah dikurniakanNya selama ini tidak terhitung.  Tidak akan pernah terhitung. 

Moga tekadku terus kuat.  Memanfaatkan segala nikmat kesedaran dan kefahaman yang telah Allah kurniakan selama ini.  Tidak menyalahgunakannya lagi.  Terus menyiapkan diri tanpa henti.  Terus mengukuhkan pasak keimanan dan kekuatan dalam diri.  Dalam usaha untuk berjuang menegakkan agama Allah.  Meneruskan amanah Rasulullah.  Moga terus kuat sehingga ke akhirnya.  InsyaAllah.

Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!  Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.”  Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

((Az-Zumar (39) : 53))

This entry was posted in Memoir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s